Kita perlu sedar, kita adalah generasi ibubapa zaman internet yang pertama! Anak anda perlukan akses internet untuk meluaskan minda mereka. Tapi, bolehkah anda tapis segala website yang masuk dan block segala yang tak senonoh untuk mereka?
Sebuah syarikat Blue Coat yang telah berjaya dengan berkesan membuat sistem penapisan internet untuk perdagangan komersial, kini menggunakan sistem yang sama atas dasar kebajikan untuk kegunaan para ibubapa dirumah. Perlu diingat kebanyakan syarikat, perlu membayar jumlah wang yang besar untuk mendapatkan sistem penapisan yang sama.
Syarikat tersebut walaupun dari U.S., mereka tidak mempunyai kepentingan politik ataupun dasar keagamaan. Walaupun logo mereka bergambar anjing, ini adalah kerana pada mereka haiwan tersebut dilambangkan sebagai anjing penjaga rumah (guard dog). Kita yang beragama Islam tak perlu risau pasal logo, yang perlu kita risau, anak-anak kita terdedah kepada segala macam unsur tak baik di internet. Mereka juga ibubapa seperti kita, dan mereka merasakan adalah AMAT PENTING untuk kita melindungi anak-anak kita dari website berunsur lucah, kekejaman, keganasan dan melanggar undang-undang.
Alat penapisan seperti K9 tak akan membantu kita menapis semua perkara buruk. Yang penting, anda gunakan pengetahuan anda sekarang dan bantu orang lain menapis internet dirumah mereka. Sebarkan penggunaan sistem ini di sekolah-sekolah contohnya, akan membantu lebih ramai anak-anak kita dari unsur negatif yang terdapat di internet.
Jika anda berminat, dan ingin tahu lebih lanjut tentang cara pemasangan (yang amat mudah) sistem ini, jangan segan untuk bertanya kepada saya. Dengan pengalaman yang saya ada menggunakan sistem penapisan untuk syarikat yang popular seperti Cobion, saya harus katakan sistem K9 ini amat berbaloi.
http://www1.k9webprotection.com/
Cara install K9:
1. Isi borang registration secara online untuk mendapatkan lesen percuma.
2. Lesen (untuk setahun) akan diterima secara email.
3. Download software tersebut, dan install di PC anda.
4. Restart PC.
5. Klik ikon K9 di desktop. Masukkan password utama anda. Jangan hilangkan atau beri password ini pada anak anda.
6. Ikut arahan web, masukkan kod lesen apabila diminta dan anda boleh browse internet macam biasa.
Semoga berjaya.
Free Internet Filtering and Parental Control Software
Posted by SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA at 6:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment