Search

PROGRAM MANFAAT SCHOOLNET ZOOM-A DI JPN PERLIS

0 comments


Pada 14 Jun 2008 yang lalu, para guru SK Paya telah terlibat dengan satu program anjuran JPN Perlis iaitu Program manfaat lebarjalur schoolnet dengan menjadikan sebuah portal pembelajaran zoom-a sebagai salah satu medan dan wadah di dalam P&P di sekolah. Seramai 32orang guru telah turut serta di dalam menjayakan program ini ke arah menjadikan warga SK Paya sebagai warga yang celik ICT. Antara pengisian program ialah

  • Galeri A
  • Web SMS
  • Webmel
  • Web edit - dimana guru diberikan ruang untuk merekabentuk laman web peribadi secara mudah dan interaktif.
  • Bagaimana untuk mendaftar On-Line
  • Menjana tiket untuk murid (admin)
  • Menyediakan soalan interaktif
  • Head count zoom-a
Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang ke arah menjadikan warga pendidikan yang lebih bergerak maju seiring dengan pembangunan globalisasi yang lebih bercorakkan ICT di dalam kehidupan seharian.


Gambar disekitar program berlangsung





Free Internet Filtering and Parental Control Software

0 comments

Kita perlu sedar, kita adalah generasi ibubapa zaman internet yang pertama! Anak anda perlukan akses internet untuk meluaskan minda mereka. Tapi, bolehkah anda tapis segala website yang masuk dan block segala yang tak senonoh untuk mereka?

Sebuah syarikat Blue Coat yang telah berjaya dengan berkesan membuat sistem penapisan internet untuk perdagangan komersial, kini menggunakan sistem yang sama atas dasar kebajikan untuk kegunaan para ibubapa dirumah. Perlu diingat kebanyakan syarikat, perlu membayar jumlah wang yang besar untuk mendapatkan sistem penapisan yang sama.

Syarikat tersebut walaupun dari U.S., mereka tidak mempunyai kepentingan politik ataupun dasar keagamaan. Walaupun logo mereka bergambar anjing, ini adalah kerana pada mereka haiwan tersebut dilambangkan sebagai anjing penjaga rumah (guard dog). Kita yang beragama Islam tak perlu risau pasal logo, yang perlu kita risau, anak-anak kita terdedah kepada segala macam unsur tak baik di internet. Mereka juga ibubapa seperti kita, dan mereka merasakan adalah AMAT PENTING untuk kita melindungi anak-anak kita dari website berunsur lucah, kekejaman, keganasan dan melanggar undang-undang.

Alat penapisan seperti K9 tak akan membantu kita menapis semua perkara buruk. Yang penting, anda gunakan pengetahuan anda sekarang dan bantu orang lain menapis internet dirumah mereka. Sebarkan penggunaan sistem ini di sekolah-sekolah contohnya, akan membantu lebih ramai anak-anak kita dari unsur negatif yang terdapat di internet.

Jika anda berminat, dan ingin tahu lebih lanjut tentang cara pemasangan (yang amat mudah) sistem ini, jangan segan untuk bertanya kepada saya. Dengan pengalaman yang saya ada menggunakan sistem penapisan untuk syarikat yang popular seperti Cobion, saya harus katakan sistem K9 ini amat berbaloi.

http://www1.k9webprotection.com/

Cara install K9:

1. Isi borang registration secara online untuk mendapatkan lesen percuma.
2. Lesen (untuk setahun) akan diterima secara email.
3. Download software tersebut, dan install di PC anda.
4. Restart PC.
5. Klik ikon K9 di desktop. Masukkan password utama anda. Jangan hilangkan atau beri password ini pada anak anda.
6. Ikut arahan web, masukkan kod lesen apabila diminta dan anda boleh browse internet macam biasa.


Semoga berjaya.

Sembang IT

0 comments

~COMPUTING FOR KIDS~

When TechTV was still aired on Channel 11 ASTRO and Chris Pirillo was the cool nerd...they reviewed this website called http://www.brainpop.com/. Colorful website with pictures and videos. The topic covers almost everything from Science,Maths,Social Studies,Arts and Music,Health and Technology. Each sub topic for instance,Science,will have a small cartoon presentation on Solar Eclipse,Mars etc. It's updated regularly.

A few others website that are very useful for kids are:

http://www.sciencebob.com

http://dsc.discovery.com

http://www.bbc.co.uk/learning/subjects/science.shtml BBC ada banyak resources highly recommended.

http://www.learnthings.co.uk/

http://www.scorea.com.my/eng/index.cfm

http://www.seasky.org/

http://www.sesameworkshop.org/sesamestreet/games/flash.php?contentId=5999295 (game)

Moga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama ^_^

Makmal Komputer

1 comments



AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER

1.1- Pusat akses internet dan maklumat oleh para warga sekolah untuk P&P.
2.2- Slot ICT / internet untuk para guru
3.3- Slot / kelas ICT dan internet untuk para murid
4.4- Aktiviti P&P dengan menggunakan teknologi ICT dan internet
5.5- Program GTL (GSB TechnoGogy Learning) in School anjuran GSB (GITN SDN BERHAD) dan KPM


PERALATAN ICT DI DALAM MAKMAL

JENIS BAHAN
KUANTITI
1. Komputer guru
1
2. Komputer murid
10
3. Komputer server
1
4. Printer / pencetak
2
5. Scanner / pengimbas
1
6. Web camera / kamera web
5
7. Headphone
5


Ucapan alu-aluan Guru Besar

0 comments




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk membina pendokumentasian sekolah ini. Penghasilan dokumentasi ini membuktikan kejayaan SK Paya dalam proses mencapai misi dan visi sekolah.Sesungguhnya dokumentasi ini menjadi dokumen penting yang merakamkan pelbagai peristiwa dan kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. Akhir kata saya yakin bahawa SK Paya akan bergerak maju ke hadapan sesuai dengan visinya iaitu ‘Membawa sekolah ke tahap sekolah berkesan menjelang 2010’ dengan izin
Allah S.W.T.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

ROSLY BIN SHARIF

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Paya,
02400 Beseri, Perlis.

Profil Sekolah

0 comments




Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Paya

Kod sekolah: RBA 0027

Alamat: KM 8.2, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis

No. Telefon: 04-9381771

No. Fax: 04-9381771

Jenis bantuan: Bantuan Kerajaan

Gred sekolah: Gred A

Keluasan Tanah: 4.05 ekar

Nama guru besar: Tuan Haji Rosly bin Sharif

Bilangan guru: 32 orang

Bilangan murid: 376 orang

Sesi persekolahan: 1 sesi (sesi pagi)